Apakah yang termasuk dalam pakej Umrah PGH?
Pakej Umrah kami termasuk:
-Tiket penerbangan pergi dan balik.
-Visa Umrah/Visa Pelancong.
-Penginapan di hotel Mekah dan Madinah.
-Pengangkutan darat di Tanah Suci.
-Makanan sepanjang perjalanan.
-Mutawif bertauliah untuk bimbingan ibadah.
Apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon visa Umrah?
Dokumen yang diperlukan termasuk:
-Salinan pasport dengan tempoh sah minimum 6 bulan.
-Gambar pasport bersaiz visa.
-Sijil vaksinasi meningitis.
-Salinan sijil nikah (jika diperlukan untuk pasangan suami isteri).
Apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon visa pelancong?
Dokumen yang diperlukan untuk memohon visa pelancong termasuk salinan pasport dengan tempoh sah minimum 6 bulan, gambar pasport bersaiz visa, dan dokumen tambahan yang mungkin diminta oleh pihak imigresen.
Adakah kursus Umrah disediakan?
Ya, kursus Umrah disediakan untuk memastikan jemaah memahami rukun dan panduan Umrah dengan jelas.
Berapa awal saya perlu membuat tempahan untuk Umrah?
Sebaiknya, tempahan dibuat sekurang-kurangnya 2-3 bulan sebelum tarikh perjalanan.
Adakah makanan halal disediakan?
Ya, semua makanan yang disediakan adalah halal dan sesuai untuk keperluan jemaah.
Apakah perbezaan antara pakej Ekonomi dan VIP?
Pakej Ekonomi menawarkan penginapan yang berpatutan tetapi selesa, manakala pakej VIP menawarkan penginapan eksklusif dan lebih dekat dengan Masjidil Haram atau Masjid Nabawi.
Bagaimana jika berlaku kecemasan semasa Umrah?
Pasukan mutawif dan wakil PGH sentiasa bersedia membantu jemaah dalam situasi kecemasan