Pengenalan Syarikat

Persada Global Holidays Sdn Bhd (PGH) merupakan sebuah syarikat milik penuh Bumiputera Muslim yang memiliki lesen dari Kementerian Pelancongan Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2014 untuk mengendali dan mengurus perkhidmatan Haji dan Umrah bagi jemaah Malaysia dan South East Asia.

PGH memahami kehendak para jemaah dengan menyediakan pakej-pakej yang memenuhi keperluan dan kemampuan pelbagai lapisan masyarakat. Di samping itu PGH turut menawarkan pakej - pakej pelancongan luar dan dalam negara yang mesra Muslim. PGH turut menyediakan perkhidmatan tempahan tiket penerbangan dan lain-lain.

Berteraskan motto "Exclusive Journey Selection", PGH lebih fokus menawarkan kepada pelanggan kami pengalaman yang berharga dan menyelami budaya tempatan setiap pelusuk tempat yang dilawati. Bukan sekadar lokasi yang wajib dikunjungi, malah lokasi yang dapat memberikan kenangan yang indah dengan harga yang berpatutan, selesa dan menepati citarasa kepada pelanggan kami dengan nilai tambah eksklusif.

VISI

Menjadi peneraju yang terunggul dalam perkhidmatan pelancongan yang halal serta mesra muslim.

MISI

1. Membangun sebuah agensi pelancongan yang dinamik, komprehensif serta berdaya saing yang menawarkan pelbagai pakej dan perkhidmatan pelancongan dengan nilai tambah.

2. Menitikberatkan kepuasan pelanggan dan peka terhadap perkembangan semasa dan permintaan terhadap produk pelancongan.

3. Meluaskan jaringan perniagaan dan hubungan strategik dengan agensi-agensi lain.

4. Meluaskan hubungan rakan strategik perniagaan.

5. Mengembangkan perkhidmatan pelancongan yang "mesra halal" (halal-friendly) kepada pelancong Islam dari seluruh dunia.

Cawangan & Rakan Niaga

Persada Global Holidays

Berpengalaman lebih 10 tahun mengendalikan jemaah Umrah Malaysia, Indonesia dan Brunei.
× WhatsApp Kami
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram