4.4 

SHANGHAI + DISNEYLAND

5H / 4M
Harga Bermula
RM
3390
/seorang

Aturcara Perjalanan

HARI 01 KUALA LUMPUR - SHANGHAI (MM)

  • Berkumpul di KLIA Terminal 1 untuk menaiki penerbangan ke Shanghai. Lawatan di Shanghai:
  • Membeli-belah di Nanjing Pedestrian Street untuk membeli cenderamata atau pakaian dari kedai yang terdapat disini termasuk butik-butik terkenal.
  • The Bund: sebuah kawasan dermaga yang telah wujud sejak awal abad ke-20, kini ia telah digazet sebagai tempat bersejarah di Shanghai. Terdapat banyak bangunan berbentuk gothik, baroque, neoclassical serta renaissance yang masih dapat dilihat dikawasan ini seperti bangunan HSBC, Bank of Taiwan dan banyak lagi. Bermalam di Shanghai.

HARI 02 SHANGHAI - SUZHOU - SHANGHAI (SP/MT/MM)

Lawatan di Suzhou:

  • Couple Retreat Garden: sebuah halaman dipenuhi dengan pelbagai lanskap yang disusun indah, merentasi setiap taman yang mempunyai identiti tersendiri. Tersenarai sebagai tapak warisan UNESCO, terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Eastern, Middle Mansion dan Western Garden. Tetamu juga diberi ke- sempatan menaiki bot untuk keluar dari kawasan halaman ini.
  • Jinji Lake: sebuah taman terbuka yang terletak di Suzhou, terdapat beberapa kawasan yang terdapat disini seperti Li’s Causeway, dimana terdapat beberapa jambatan seperti jambatan antik dan batu disini serta Moonlight Dock, dimana tetamu dapat melihat pemandangan seperti berada di Eropah. Berhenti bergambar di mercu tanda baharu disini iaitu Oriental Gate, sebuah bangunan pencakar langit menyerupai bangunan Marina Bay Sand di Singapura, menandakan persahabatan antara Singapura dan China.
  • Singgah sebentar untuk solat di Taiping Fang Mosque, yang merupakan masjid utama disini yang dibina pada tahun 1928.
  • Membeli-belah di Silk Factory dengan pelbagai rekabentuk yang disediakan disini, dari sarung bantal, alas katil, pakaian dan banyak lagi.
  • Shantang Ancient Street: sebuah perkampungan yang wujud dari Dinasti Tang, ia pada asalnya adalah sebuah kawasan empangan, dan disambung dengan membina beberapa batang jalan yang berhubung dengan jambatan dari batu, dan ia berkembang hingga menjadi sebuah penempatan. Kini ia telah disenarai antara sejarah penting buat negara
  • China. Banyak bangunan dengan senibina kuno dan jambatan dapat dilihat disini. Bermalam di Shanghai.

HARI 03 SHANGHAI (SP/MT/MM)

  • Jinmao Tower: tetamu diberi peluang melihat Oriental PearlTower yang terletak seberang bangunan ini dari tingkat 88. Disamping itu, menikmati pemandangan indah kota yang penuh dengan bangunan pencakar langit ini. Dengan atrium yang kelihatan seperti berputar dengan warna keemasan tanpa ruang dan masa.
  • Starbucks Roastery: pernah dinobatkan sebagai cawangan terbesar di dunia pada tahun 2017, singgah sebentar untuk menikmati kopi dengan sedikit bayaran tambahan, ia menyediakan 3 bar kopi sepanjang 88 kaki, menjadikania bar kopi Starbuck terpanjang di dunia.
  • Meluangkan masa untuk membeli-belah di Shanghai Gemstone Carving Hall dan Tongrentang Herb Center.
  • 1000 Trees Mall: keunikan bangunan ini digambarkan seperti sebuah gunung yang diliputi hutan rimba, ia merupakan bangunan yang terdiri dari kedai, café, restoran dan banyak lagi ruangan serta taman-taman terdapat disini.Bermalam di Shanghai.

HARI 04 SHANGHAI (SP)

  • Masa bebas untuk berhibur dengan keluarga di Shanghai Disneyland, ia menawarkan pelbagai tarikan disini seperti Pixar Toy Story Land, Fantasy Land, Tomorrowland dan banyak lagi. Akhiri hari dengan menyaksikan tembakan bunga api penuh warna-warni dengan perarakan sebelum kembali ke hotel.

HARI 05 SHANGHAI - KUALA LUMPUR (SP/MT)

Lawatan di Shanghai:

  • Berjalan kembali ke masa silam di Chenghuang Miao Business District, dimana bangunan lama dihiasi pelbagai warna warni dengan pelbagai barangan antik, cenderahati, kraftangan dan banyak lagi boleh didapati disini. Kemudian meneruskan perjalanan menyelusuri ke Zigzag Bridge, sebuah jambatan yang berbentuk zigzag merentasi permukaan tasik.
  • Dibina pada tahun 1917, singgah solat di Little Peach Garden Mosque, masjid terbesar di Shanghai yang dapat memuatkan sehingga 500 orang pada satu masa.
  • Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Tiba di KLIA Terminal 1.
Maklumat Pakej
Jadual Harga
Tiada
Tarikh Perlepasan
  • 01/05/2025 - 05/05/2025
  • 22/05/2025 - 26/05/2025
  • 23/05/2025 - 27/05/2025
  • 30/05/2025 - 03/06/2025
  • 12/06/2025 - 16/06/2025
  • 20/06/2025 - 24/02/2025
  • 26/06/2025 - 30/06/2025
  • 27/06/2025 - 01/07/2025
  • 25/07/2025 - 29/07/2025
  • 26/07/2025 - 30/07/2025
  • 03/09/2025 - 07/09/2025
  • 04/09/2025 - 08/09/2025
  • 11/09/2025 - 15/09/2025
  • 09/10/2025 - 13/10/2025
  • 24/10/2025 - 28/10/2025
  • 30/10/2025 - 03/11/2025
  • 06/11/2025 - 10/11/2025
  • 13/11/2025 - 17/11/2025
  • 28/11/2025 - 02/12/2025
  • 05/12/2025 - 10/02/2025
  • 08/12/2025 - 12/12/2025
  • 09/12/2025 - 13/12/2025
  • 10/12/2025 - 14/12/2025
Pakej Termasuk
Tiada
Pakej Tidak Termasuk
Tiada
Trip Tambahan
Tiada
Penginapan
Tiada
More than
10 years Experienced
Professional Umrah Operator.
Certified & Recognized by :
KPK/LN 7934 | KPK/LKU 227
"Berjalan ke serata dunia!"
IBU PEJABAT
info@persadaglobal.my
+603-588 97162
+6012-980 6949
Discover 
Malaysia!
envelopephone-handsetsmartphonearrow-down
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram