KELEBIHAN UMRAH


1) Kelebihan Umrah
Kenapa umat Islam melaksanakan ibadah umrah? Banyak tak sebenarkan kelebihan umrah pada kita.

Antaranya ialah :

✅️ Umrah penghapus dosa. Diriwayatkan di dalam hadis sahih,

"Daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Antara 1 umrah ke umrah yang lain, adalah penghapus dosa antara keduanya. Haji yang mabrur pula tiada balasan untuknya kecuali syurga. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Umrah, no: 1773]."

✅️ Doa dimakbulkan. Ada dua sebab tau kenapa doa anda dimakbulkan. Satu kerana anda seorang musafir. Dua kerana anda tetamu Allah SWT yakni duyufurrahman.

✅️ Ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. 100 ribu pahala solat di Majsidilharam, 1000 pahala solat di Masjid Nabawi. Bayangkan pula anda tidak tinggal solat jenazah dan menguruskan jenazah. Sebesar 2 qirat pahala akan diberikan.

✅️ Tak dapat tunaikan haji atas faktor usia, kesihatan dan harta? Tunaikan umrah pada bula Ramadhan kepada pahalanya menyamai dengan mengerjakan haji.

Jom mantapkan akidah, tauhid dan kecintaan kepada Allah SWT, Rasul dan para sahabat dengan melaksanakan umrah bersama Persada Global Holidays.


2) Pilih Pakej Umrah Terbaik

Takut nak mengerjakan umrah? Dijanjikan dengan servis yang bagus tetapi akhirnya janji tak dipenuhi? Lebih malang tak dapat terbang ke tanah suci.

Sebab tu nak pilih pakej umrah jangan pilih yang murah sahaja. Pilih pakej yang harganya bersesuaian dengan harga di pasaran.

Macam mana nak pilih pakej umrah terbaik.

✅️ Selidik dahulu latar belakang syarikat yang menyediakan pakej umrah.

✅️ Selidik dulu faedah dan manfaat yang anda akan dapat.

✅️ Bertanya dengan wakil jualan. Apakah seat penerbangan dijamin. Ini yang paling penting.

✅️ Buat carian di laman web untuk review-review yang diberikan oleh bekas jemaah.

✅️ Lihat pula di media sosial. Jika purata komen positif dengan peratus 8/10 maka syarikat tersebut menyediakan pakej umrah yang berkualiti.

✅️ Jika rajin tanya dengan bekas jemaah sama ada ahli keluarga, kenalan atau mereka yang komen di ruangan komen syarikat tersebut.

Hah bila dah buat semua tu barulah buatlah pilihan.

Ingat! Nak pilih pakej umrah terbaik jangan lihat pada harga sahaja ya.

3) Umrah Murah

Rata-rata para jemaah mahu memilih pakej umrah yang murah. Asalkan sampai ke tanah suci. Tetapi apabila melibatkan :

✅️ Kesihatan
✅️ Umrah bersama anak kecil atau warga emas
✅️ Keselesaan

Pakej umrah murah selalunya gagal di dalam aspek ini. Jarak hotel ada yang sehingga 10 kilometer. Dah nak kena bayar duit teksi untuk ulang alik ke masjid.

Tiada makanan disediakan. Dah nak keluar duit poket sendiri untuk membeli makanan.

Hotel pula selalunya tak berjaga. Kotor, terpaksa bersesak-sesak di dalam lif. Ada kes fasiliti rosak minta dibaiki sudahnya sampai balik tak dibaiki.

Bagaimana jika anda memilih pakej umrah yang selari dengan harga pasaran yang menawarkan :

🕋 Jarak hotel yang dekat.
🕋 Lengkap dengan makanan, hotel selesa dan fasiliti asas yang dekat seperti restoren, klinik, dobi atau money changer.
🕋Tiada bayaran atau caj tambahan saat-saat akhir.

Bila dikira-kira balik rupa-rupanya nak bayar kos tambahan, kos mengejut dan kos terlindung lebih kurang sama bila dah pilih pakej yang lengkap serba-serbi.

Bagaimana pula dengan bayaran tambahan pada saat-saat akhir sebelum berlepas? Ada kes pula jemaah yang tersadai di lapangan terbang.

Dek kerana nak murah tak dapat mengerjakan umrah. Duit pula hangus begitu sahaja.

Jadi sebelum memilih pakej umrah yang murah fikir masak-masak. Takut yang dikendong berciciran yang dikejar pula tak dapat.


4) Pakej Umrah VIP

Pakej umrah VIP.

Ada jemaah yang selalunya nakkan privacy ketika mengerjakan umrah. Nak ada mutawif sendiri, nak custom itinerari sendiri. Nak luangkan waktu berkualiti bersama keluarga.

Persada Global Holidays yang dah berpengalaman hampir 13 tahun di dalam industri umrah menawarkan anda Pakej Umrah VVIP.

✅️ Bimbingan mutawif berpengalaman yang akan menemani anda sebelum, semasa dan selepas mengerjakan umrah.
✅️ Kenderaan GMC disediakan untuk sepanjang berada di sana. Kalau lebih dari 5 orang kenderaan seperti coaster akan disediakan.
✅️ Menginap di hotel bertaraf lima bintang yang akan menghadap view Kaabah/Masjid Nabawi.
✅️ Fullboard dengan menu international ketika berada di Mekah/Madinah.

InshaAllah, perjalanan ibadah umrah anda akan berjalan lancar, lebih tenang, lebih privacy dan yang paling penting lebih eklusif bersama PGH.


5) Agensi Umrah Terbaik

Kecoh untuk tahun 2022/2023 banyak kes jemaah terkandas, penerbangan dibatalkan saat akhir dan yang paling tragis tersangkut di lapangan terbang.

Jadi hari ini admin nak kongsikan tips memilih agensi umrah untuk anda menunaikan umrah.

✅️ Pastikan agensi umrah anda berdaftar dengan MOTAC. MOTAC ini merupakan agensi di bawah kerajaan yang menyelia syarikat-syarikat yang menawarkan pakej umrah/pelancongan kepada rakyat Malaysia.

✅️ Lakukan carian di media sosial/laman web tentang agensi umrah tersebut. Lihat rekod, komentar mahupun review yang diberikan oleh bekas jemaah.

✅️ Lihat pula tawaran pakej yang ditawarkan. Harga dan faedah khusunya. Jika harga yang ditawarkan terlalu murah lihat rekod syarikat tersebut. Selalunya jika anda bertanya di group umrah di Facebook akan ada bekas jemaah yang akan menjawab persoalan anda.

✅️ Pastikan agensi umrah tersebut mempunyai kerjasama dengan syarikat penerbangan dan pengusaha hotel di Haramain kerana selalunya agensi umrah yang mempunyai rangkaian sebegini kurang atau tiada masalah untuk menguruskan penerbangan dan penginapan untuk para jemaah.

Bila hal-hal penting anda dah buat barulah anda pilih agensi yang bakal menjadi pemudah cara untuk anda melaksanakan ibadah umrah.


6) Cara Melaksanakan Umrah

Ibadah haji dan umrah merupakan antara salah satu rukun yang dituntut oleh Allah SWT ke atas hamba-hambanya. Ibadah umrah ini salah satu manifesto untuk umat Islam mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Harus diingat di dalam ibadah umrah tiada bacaan khusus kerana ianya ibadah berbentuk perbuatan. Antara rukun umrah ialah ialah :

✅️ Memakai ihram
✅️ Tawaf
✅️ Saie
✅️ Tahlul

Tetapi semasa memakai ihram ada pantang larang yang harus dipatuhi untuk mengelakkan para jemaah membayar dam.

Inilah fungsi mutawif dan tenaga pengajar yang bertauliah bagi memastikan perjalanan ibadah umrah para jemaah berjalan dengan lancar.


7) Visa Umrah Vs Visa Pelancong

Alamak antara visa umrah vs visa pelancong mana lagi bagus ya? Biar admin terangkan kelebihan dan kekurangan.

1. Visa Pelancong
✅️ Harganya lebih murah.
✅️ Tempoh sah selama 90 hari.
✅️ Maklumat penerbangan tidak diperlukan.
✅️ Maklumat penginapan tidak diperlukan
✅️ Boleh akses ke semua tempat di Arab Saudi
✅️ Boleh masuk ke Arab Saudi berulang kali.
✅️ Orang wanita bawah 45 tahun tidak perlu ditemani mahram.
✅️ Boleh bawa pulang air zam-zam dari Lapangan Terbang Madinah sahaja.
✅️ Urusan kemasukan ke Arab Saudi lebih mudah.
✅️ Boleh add on insuran travel.

2. Visa Umrah

✅️ Harganya mahal.
✅️ Tempoh sah selama 30 hari sahaja.
✅️ Maklumat penerbangan diperlukan.
✅️ Maklumat penginapan diperlukan
✅️ Boleh akses ke Mekah dan Madinah sahaja.
✅️ Boleh masuk ke Arab Saudi hanya sekali.
✅️ Orang wanita bawah 45 tahun perlu ditemani mahram.
✅️ Boleh bawa pulang air zam-zam dari Lapangan Terbang Madinah atau Lapangan Terbang Jeddah.
✅️ Urusan kemasukan ke Arab Saudi lebih sulit.
✅️ Lengkap dengan insuran kesihatan.


8) Raih Umrah Mabrur

Impian semua jemaah untuk meraih umrah yang mabrur lagi makbullah. Melaksanakan ibadah umrah bukannya murah. Tekanan dari sudut fizikal dan mental juga bukannya mudah untuk ditangani.

Jom admin kongsikan tips bagaimana nak meraih umrah yang mabrur?

1. Banyakkan melakukan perkara sunnah di sana. Memberi makan, sedekah, berzikir, solat lima waktu di masjid. Manfaatkan setiap ruang dan waktu yang ada untuk beribadah.

2. Selepas niat umrah dan ihram ada 13 pantang larang yang anda harus ikuti. Pantang larang ini juga terbahagi kepada 3 bahagia iaitu lelaki sahaja, wanita sahaja dan umum. Belajar dahulu larangan ini dan fahami secara total sebelum anda melaksanakan ibadah umrah.

3. Masuk secara sah ke Arab Saudi menggunakan dokumen dan tatacara yang sah.

4. Solat jenazah. Antaranya ditekankan kenapa solat jenazah ini harus dikerjakan bukan sahaja di Haramain malah di tanah air kerana dijanjikan ganjaran yang sangat besar.

5. Mantapkan ilmu umrah bermula dari ihram, tawaf, saie dan tahlul mengikut cara Rasulullah SAW. Ada bacaan-bacaan khusus yang harus dihafal. Ada sunnah-sunnah yang harus dibuat seperti solat sunat dua rakaat di belakang makam Nabi Ibrahim atau meneguk air zam-zam selepas melaksanakan tawaf. Bukankah Rasulullah SAW adalah role model untuk semua umat Islam di atas muka bumi ini?

6. Jaga perilaku dan sentiasa bersangka baik. Ujian untuk memisahkan dunia dari jiwa saat melaksanakan ibadah umrah adalah sangat kuat. Ujian untuk kekal bersabar dan bersangka baik juga sangat hebat. Ujian untuk menjaga pancaindera dan nafsu sangatlah dahsyat. Jangan berhenti untuk menjadi muslim yang penuh zuhud dan tawwaduk.

7. Belajar untuk solat lebih khusyuk. Kerana solat adalah tiang agama. Kerana solat adalah hal yang paling ditekankam Rasullah SAW.

9) Tips Umrah.

Melaksanakan ibadah umrah pertama bakal membuatkan para jemaah berasa gementar. Takut sangat kalau terlanggar pantang larang ihram. Apa pula yang nak dibaca ketika berada di rukun Yamani. Boleh ke tak pakai perfume? Boleh ke sentuh Kaabah ketika melaksanakan umrah?

Jadi admin nak kongsikan tips umrah untuk jemaah yang pertama kali melaksanakan ibadah umrah.

1. Mantapkan ilmu ibadah umrah. Fahami pantang larang, doa sunat yang dibaca Nabi Muhammad SAW. Hadiri kursus umrah yang dianjurkan oleh agensi dan jangan malu untuk bertanya jika ada persoala.

2. Ubat-ubatan jangan dilupa. Panadol, Cool Fever dan ubat sakit perut antara ubat-ubatan penting yang harus dibawa. Jika ada rekod kesihatan yang agak bahaya maklumkan kepada agensi agar agensi dapat membuat persiapan.

3. Belajar tatacara penerbangan. Apa yang boleh dibawak, berapa berat bagasi yang dibenarkan. Ini penting bagi memastikan kesemua kelengkapan yang kita bawa dari rumah dapat diterbangkan sekali ke Haramain. Rujuk dengan syarikat/agensi umrah yang ada telah pilih.

4. Pastikan kesemua dokumen lengkap. Visa yang sudah dibuat. Tarikah mati pasport sebelum 6 bulan. Ini penting untuk mengelakkan anda terkandas di lapangan terbang kerana gagal menyediakan dokumen yang lengkap untuk diterbangkan.

5. Pastikan duit saku disediakan secara tunai mahupun diaktifkan kad debit untuk urusan pengeluaran di luar negara. Pastikan ada dana kecemasan untuk hal-hal yang berkait dengan urusan kesihatan.

6. Asuh diri sebelum melaksanakan ibadah umrah dengan mendekatkan diri dengan ibadah sunat seperti solat 5 waktu di masjid, mengaji Al-Quran dan berzikir. Untuk merasai kemanisan ibadah umrah mental dan fizikal harus dilatih terlebih dahulu.

7. Pastikan anda mempunyai telefon yang lengkap dengan internet dan juga power bank. Segala urusan permit dibuat melalui aplikasi Nusuk. Telefon harus menjadi sahabat dan dibawa kemana-mana sahaja sepanjang anda berada di sana.

8. Ikhlaskan diri, bersangka baik dan tinggalkan harta dan pangkat sebelum anda berangkat ke Haramain. Di sana anda semua sama mulia kerana telah diangkat oleh Allah SWT untuk menjadi duyufurrahman. Dan hanya iman dan taqwa bakal dinilai oleh Allah yang maha esa.

Persada Global Holidays

Berpengalaman lebih 10 tahun mengendalikan jemaah Umrah Malaysia, Indonesia dan Brunei.
× WhatsApp Kami
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram